Pengalamam Berharga Detoks Parasit Dari Badan?

Program Detoks Parasit?

Inilah kali pertama akak dengar tentangnya?
Sejak berkenal-kenalan dengan adik-adik yang jaga kesihatan menggunakan produk hebat Shaklee.

Ummi Nurul Azieyana yang cetuskan cabaran ini dalam Group Emerald kami. Tertarik? Sudah pasti. Demi kesihatan. Bukan kerana tercabar!

Jadi, sebelum mulakan program ini, akak buat survey sedikit tentang parasit, kenapa perlu detoks, apa bahayanya parasit.

Meh..akak kongsi sikit yang akak dapat.

Bagaimana parasit mungkin tinggal dalam badan kita dan kita tidak tahu ia ada di sana? 

Jawapannya mudah? Tujuan parasit adalah untuk tidak membuat dirinya dikenali.

Parasit ni organisma sangat pintar.  Pintar hidup tanpa dikesan kerana jika ia dikesan, sudah tentu, kita akan lakukan sesuatu untuk membasminya. 

Tidaklah bermakna  bijak seperti manusia dengan cara yang sama, tetapi mereka pandai dalam keupayaan mereka untuk terus hidup dan membiak tanpa kita sedari.

Dan... yang paling dahsyat, parasit boleh membuat hidup manusia jadi sangat rumit.  Mendatangkan pelbagai penyakit!

Parasit adalah mana-mana organisma yang hidup dan memakan dari organisma lain. Contoh parasit usus merujuk kepada organisma kecil, biasanya cacing, yang makan di luar daripada pemakanan kita, yang berada di dalam usus kita.

Contoh-contoh parasit: cacing gelang, cacing pita, cacing pin, cacing cambuk, cacing cangkuk dan banyak lagi. 

credit: rwjansen.com

Bentuk dan saiz parasit berbeza-beza. Begitu juga dengan masalah yang dibawa setiap jenis.

Terdapat lebih daripada 1,000 spesies parasit, namun prosedur ujian perubatan pada hari ini hanya mengenal pasti kira-kira 50! 

50? Berada dalam badan kita?

credit: curezone.org

Terdapat dua kategori utama parasit: 

1. Parasit besar, yang terutamanya cacing.
2. Parasit kecil. Oleh kerana saiz mikroskopik mereka, mereka boleh menggali ke dalam otot, tulang, atau sendi. 

Sebahagian daripada mereka mungkin makan di luar pada lapisan kalsium daripada tulang atau lapisan protein pada saraf kita, yang boleh mengganggu impuls saraf ke otak. 

Parasit juga merembeskan toksin, menjana toksik dan menekankan SISTEM IMUN.

Sesetengah parasit mengambil makanan kita, membuatkan kita lapar setiap kali selepas makan dan tidak dapat khasiat untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Lain-lain parasit makan sel-sel darah merah, menyebabkan anemia. 

Sesetengah parasit bertelur yang boleh menyebabkan kita rasa gatal-gatal, cepat marah, dan juga insomnia. 

Jika kita telah cuba pelbagai cara menangani masalah-masalah berkait kesihatan di atas tetapi tidak berjaya, parasitlah PUNCA yang boleh menjadi penyebab untuk pelbagai gejala yang tidak dapat dijelaskan dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimana kita nak kenal diri kita ada banyak parasit?


  1. Masalah sembelit, atau, cirit-birit, angin atau kembung perut.
  2. Mendapat cirit birit ketika melancong ke luar negara.
  3. Pernah mengalami keracunan makanan dan selepas itu sentiasa ada masalah penghadaman.
  4. Mempunyai masalah tidur, atau sentiasa bangun beberapa kali pada waktu malam.
  5. Mendapat kerengsaan kulit atau ruam yang tidak dapat dikenalpasti, gatal-gatal, "rosacea" atau ekzema.
  6. Jerawat.
  7. Mengisar gigi dalam tidur.
  8. Mempunyai sakit atau sakit di dalam otot atau sendi.
  9. Mengalami keletihan, kemurungan, atau perasaan tidak kisah yang kerap.
  10. Tidak pernah merasa puas atau kenyang selepas makan.
  11. Telah disahkan menghidap anemia - kekurangan zat besi.
  12. Berat badan berlebihan.

Bagaimana seseorang boleh dijangkiti atau mendapat parasit?

  1. Makanan yang tidak diselenggarakan dan dibersihkan dengan air bersih.
  2. Kebersihan diri yang teruk.
  3. Membuat perjalanan ke negara asing yang ada pencemaran dalam makanan, air dan alam sekitar.
  4. Keadaan tempat kerja yang tidak bersih.
  5. Serangga.
  6. Hubungan seks.

*** 
Kemungkinan jangkitan parasit akan meningkat dengan SISTEM IMUN BADAN YANG LEMAH, dipertingkatkan lagi dengan adanya gula, karbohidrat ditapis, alkohol, logam berat (contohnya, vaksin, tampalan gigi), tekanan dan pelbagai toksin lain yang wujud dalam pemakanan atau gaya hidup seseorang.

Kopi, gandum, tenusu dan air paip juga akan membuat badan kita sebagai tuan rumah yang lebih disukai parasit.

***

Cara Untuk Membuang Parasit

Ambil makanan dan herba yang mewujudkan keadaan yang sangat teruk atau tidak disukai parasit, bukannya makanan yang mesra-parasit.

Makanan yang perlu untuk mengeluarkan parasit ialah:

" bawang putih mentah, bawang merah, minyak kelapa, biji labu, kefir kelapa, sayur-sayuran yang ditapai, epal cider cuka, aloe vera, walnut hitam, bunga cengkih, barberry, goldenseal, Oregon akar anggur, pau d'arco, sangre de drago, minyak oregano, wormwood, rosemary dan thyme".

Jangan makan:

" semua gula, bijirin, susu, kopi untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 hari untuk memastikan bahawa kita tidak makan apa-apa parasit semasa memakan makanan yang berbeza dan herba yang disyorkan."


Ini akan memberikan badan kita KUASA YANG PALING KUAT untuk menghapuskan parasit.

Jika kita telah menghasilkan ekologi usus yang betul dalam tempoh masa tersebut, ia akan membuat usus kita amat sukar untuk menjadi tuan rumah kepada parasit lagi.

***

Balik kepada kisah diri nak detoks parasit ni.

Setelah tengok pada simptom, akak rasa memang perlu akak buat detoks ni. Banyak juga simptom yang ada dalam diri ni.

So , akak ikut jadual yang diberikan oleh ummi.
Detoks perlu dilakukan 7 hari sebelum bulan mengambang (7 hari sebelum 15 haribulan Islam/ kalendar hijrah) dan 7 hari selepas bulan mengambang.

Maknanya tempoh detoks yang akan akak ikuti ialah 15 hari.

Jadual pengambilan supplemen untuk detoks parasit seperti berikut:


Hari 1-4: 

 pagi                     tengahari           malam

1/5 botol Vivix       1 DTX               1/5 botol Vivix
1 DTX                   5 Alfalfa            1 DTX
5 Alfalfa                1 Nutriferon       5 Alfalfa
Makan yogurt                                2 Herb Lax
1 Nutriferon                                  2 Garlic
                                                   1 Nutriferon

Hari 5-11: 

 pagi                     tengahari           malam

1/4 botol Vivix       2 DTX               1 Nutriferon
2 DTX                   8 Alfalfa            2 DTX
8 Alfalfa                1 Nutriferon       10 Alfalfa
2 Herb Lax                                    4 Herb Lax
Prebiotik                                       2 Garlic
                                                 



Hari 12-15: 

 pagi                     tengahari           malam

1/4 botol Vivix       2 DTX               1 Nutriferon
2 DTX                   10 Alfalfa          2 DTX
10 Alfalfa              1 Nutriferon       10 Alfalfa
2 Herb Lax                                    4 Herb Lax
Prebiotik                                       2 Garlic
1 Nutriferon                                                   


Mak ai. Banyaknya nak kena makan semata-mata kerana kau wahai parasit!  Tak pe. Tak pe.
Mana lebih sayang? Nak simpan makhluk asing dalam badan semata-mata sayangkan duit atau nak belanja lebih sikit untuk dapat badan yang sihat tanpa parasit.

So be rasional... akak pilih untuk membuang segala parasit yang merosakkan kesihatan hidup tanpa disedari.

Sekarang nak story pasal pengalaman selama tempoh detoks mendetoks ni.

Sabar ye.. panjang bebeno pulak karangan akak ni.

Hari 1-4:

Akak hanya makan nasi, lauk ikan tanpa sebarang perasa ( tiada garam, kunyit ). Ikan dibakar  ( biasa akak suka goreng ). Sayur-sayuran pun dimasak air sahaja tanpa garam atau lain-lain perasa.

Dan yogurt.

Akak minum air lebih dari keperluan harian. Sebotol besar air akak letak atas meja depan mata. Tuang dalam gelas, minum. Habis minum tambah, habis tambah.
Apa akak rasa dalam 4 hari pertama?


Hari 1-2, rasa biasa je. 

Hari 3-4 dah rasa badan lemah. Sikit-sikit rasa loya. Rasa lapar, lapar. Lapar nafsu. Sebab biasa makan bergoreng, ada garam, minum air manis sekali sekala. Tengok ayam atau daging, memang teringiiin sangat.

Rasa lebih dahsyat dari bulan puasa. Bulan puasa boleh makan apa saja selepas berbuka.

Emosi kena kuat masa detoks ni. 

Hari 5-11:

Inilah tempoh masa yang lagi mencabar.
Keadaan yang dialami pada hari 3-4 berterusan malah bertambah lagi. Dari loya rasa jadi asyik nak muntah.

Badan semakin rasa lemah.  Tidur gelisah. 

Gatal-gatal di kepala. Rasa macam serabut. Rimas. Resah.

Panas dalam badan. 

Keluar bintik-bintik berair yang gatal di jari telunjuk tangan kiri.

Tiga biji bintik gatal yang besar tetapi tidak berair keluar di lengan kanan.

Jerawat semakin banyak di sekeliling tepi muka berdekatan kawasan rambut. 

Degupan jantung pun laju semacam. Berdebar-debar.

Akak sabar. Teruskan. Pada fikiran akak, mungkin ini kesan tindakbalas kerana banyak parasit kut dalam badan. Mereka sedang mengamuk!!! Tak dapat apa yang mereka biasa makan.

Masa ini akak banyak makan buah terutama pisang. Pisang adalah salah satu sumber prebiotik yang bagus. Juga kaya dengan potassium. Lagipun mudah sikit nak dapatkan pisang kat kawasan akak ni.

Yogurt pun ambil jugak tapi stok kejap je habis. Ramai peminat yogurt dalam rumah ni rupanya.

Yang bestnya, tempoh detoks ni lawas ssesangat!!! 

Badan pun rasa ringan. Itulah yang positif setakat ini.

Hari 12-15:

Tempoh masa ini badan dah rasa ok. Kesan yang pelik-pelik tu dah berkurangan. Tubuh semakin bertenaga. Tengok makanan yang kena pantang pun ok dah. Tak teringin dah. Malah timbul rasa tak nak makan yang tak sihat tu lagi.

***

Alhamdulillah, akhir tempoh detoks. Cara makan masih terikut seperti makan masa detoks. 
Sampai bila??? )

Kawan-kawan pulak pelik. "Ai, detoks lagi ke? " apabila akak menolak makanan yang mereka bagi.

Dah terbawa-bawa pulak....

Nak tahu kesan lain lagi ye?

Selain badan rasa ringan, akak perasan lemak di kawasan paha dah berkurangan. Kalau berjalan, paha tak menyentuh lagi. (censor sikit!!!)

Ada yang censor lagi tak boleh story public!!! :)

Dalaman akak rasa sangat berbeza. 

Yang paling terbaru apabila akak makan ikan keli, dah tak rasa gatal dah.

Keli ni kegemaran akaklah tapi akak dah elak makannya sebab kalau makan je, terus gatal kat betis. Memang kat betis lah kena attack dulu kalau makan makanan yang membuatkan gatal-gatal seperti sambal belacan atau budu atau yang sewaktu dengannya.

Selepas detoks akan buat sedikit kajian.  Kenapa perasaan-perasaan sakit dan tidak selesa dialami semasa melakukan pembersihan dalaman?


Ia dipanggil reaksi Herxheimer. Reaksi Herxheimer adalah hasil keradangan dalam badan. Apabila kita melakukan detoks, ia membolehkan badan kita untuk melepaskan bakteria lama, virus, dan toksin yang berbahaya kepada sistem kita dan perlu dibuang di dalam usaha untuk kita benar-benar berada dalam keadaan kesihatan yang paling baik.

Semasa pembersihan, segala vitamin dan supplemen yang digabungkan khas untuk membunuh bakteria, virus, parasit dan toksin dan untuk mencungkil makanan reput lama dan bahan-bahan yang telah membina di dalam badan dan dalam sel. 

Tindak balas berlaku apabila bakteria/virus yang cedera atau mati dilepaskan dan ini membolehkan endotoksin reput dilepaskan ke dalam darah dan tisu dengan lebih cepat dan menyebabkan badan mengendalikan keadaan ini dengan tidak selesa.


Ini menimbulkan tindak balas keradangan yang berlaku dalam bentuk yang berlebih-lebihan ke atas apa jua penyakit asal kita. 

Sebagai contoh, jika kita masih mempunyai virus selesema di dalam badan kita, kita akan berasa seperti kita mempunyai selesema. Tapi hanya sementara sahaja. 

Kita mungkin berasa demam, sakit kepala atau hanya merasa sangat letih. Ia boleh datang dan pergi tetapi akan hilang biasanya dalam masa beberapa jam atau hari, bergantung kepada individu.


Dalam banyak kes, orang tidak sedar tentang apa reaksi Herxheimer.

Apabila merasa sakit, orang yang tidak kuat akan berhenti melakukan pembersihan parasit tanpa habis tempoh. Mereka tidak sedar bahawa waktu ini air perlu diminum dengan cukup banyak dan berterusan.


Tanda-tanda yang paling biasa dilaporkan dalam satu tindak balas Herxheimer ialah peningkatan keletihan, sendi atau otot sakit, ruam kulit, sesitif kepada cahaya, keresahan, pening, gangguan tidur, asthenia ( sakit fizikal luar biasa atau kurang tenaga), kekejangan otot, berpeluh malam, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, sakit kepala (terutamanya migrain) dan bengkak kelenjar.

Juga dilaporkan adalah peluh yang banyak, rasa logam dalam mulut, menggigil, loya, kembung, sembelit atau cirit-birit, demam tahap biasa, berdebar-debar jantung, tachycardia ( kadar degupan jantung yang laju daripada biasa), otot muka jadi lemah, tinnitus, kekeliruan mental, pergerakan tidak selaras, sakit tulang, sindrom selesema, konjunktivitis dan tekak bengkak.

Banyak betulkan???

Jadi akak syukur kerana akak tidak berhenti sekerat jalan.

Akak seru sekelian adik-adik dan sesiapa sahaja yang nak detoks, teruskan. Bersedia dari segi mental dan fizikal. Bagitau orang-orang yang rapat supaya mereka dapat beri sokongan.

Dan kalau nak detoks, kena ada persediaan supplemennya. Tak susah nak dapatkan supplemen tu. Hubungi je akak, Kak Nas, 0194706780.

Pesan akak lagi, sayangi badan kita, jaga kesihatan, wang boleh dicari, kesihatan anugerah Allah. Jagalah!

Bersihkan diri dari parasit bahaya.

Terima kasih kerana sudi baca.

Wassalam.




















Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment