Mencontohi Tabiat Orang-orang Berjaya

Orang yg hebat, berjaya dalam hidup, sebenarnya ada tabiat atau amalan mereka.

Jom kita contohi mereka seboleh mungkin.

1. Bangun sangat awal.

Lebih kurang pukul 4 pagi, dah cantik.  Ada masa utk solat Tahajjud, solat hajat,
berzikir, baca Quran dan sebagainya.

2. Bersenam

Bakar kalori! Sebab bukan je untuk sihat, tetapi latih berfikir lebih jelas, jadi lebih sihat, dan terbukti secara saintifik lebih sihat.

Juga dapat atasi stres! Tak perlu masa lama. Setiap pagi, 10 minit berjalan keliling rumah dah memadai.

3. Masa bagi kuasa emosi

Motivasi pagi, dari bacaan penuh inspirasi, atau ceramah atau tips tingkatkan semangat.

Sebab perkara ini perlu dibaja setiap hari.

4. Hargai pencapaian diri

Setiap hari, pasti ada pencapaian kita buat. Tulis dalam jurnal, iktirafkan diri.
Hatta pencapaian kecilpun, tuliskan. Sebab kita seolah2 lupa nak hargai diri sendiri.

Contoh. Hari ni dah siap daftar dua ahli Shaklee.

5. Buat task yang paling susah awal. 

Sebab awal pagi, orang berjaya penuh dengan tenaga. Tak ada masa nak fikir lemau, malas.

Bila dah siap kerja paling sukar, nak tempuhi sepanjang hari lagi amat mudah.

6. Berhubung dengan "partner".

Siapa saja yang rapat, terutama pasangan. Share tentang strategi, kewangan, dan minat. Dilakukan di awal pagi sebab awal pagi, idea datang mencurah-curah.

7.  Rancang plan sepanjang hari.

Ambil masa 10 minit, visualkan sasaran. Semak apa nak buat sepanjang hari, dan masa rehat. Tujuan supaya hidup terurus, dan tak stres.

8. Masa bersamaNya

Masa solat awal waktu. Inilah masa amat berharga, berhubung dengan Pencipta.

Yangg bukan Islam, bermeditasi cara diamalkan.

Carilah ketenangan, elakkan gangguan jiwa.

9.  Luangkan masa bermesra dengan anak-anak

Sesibuk mana pun, keperluan rohani, emosi dan jasmani anak2 diutamakan.

Tolong mandikan anak kecik, pakaikan baju, tanya khabar yang dah besar, serta banyak cara lagi untuk!

10. Setiap hari tanyakan diri, jika hari ini hari terakhir hidup, apa nak buat yang terbaik?

Sebagai orang Islam, tentu kita dah tahu jawapan. Selesaikan tugasan wajib, tambahkan dengan yang sunnat, gandakan ibadat.





Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment