Vitamin-vitamin Semulajadi Untuk Kulit Berjeragat Kembali Gojes

Kulit Berjeragat Lambang Kerosakan Kulit. Sebarang Kerosakan Kulit Hanya Dapat Dibaikpulih Dengan Konsisten Mengambil Vitamin-vitamin Sebagai Suplemen Rutin Untuk Anda Kembali Dapatkan Kulit Cerah Berseri, Gojes dan Menawan. Hubungi Nas 0194706780 Untuk Konsultasi Berkesan.

Kulit kita ada tiga lapisan. Paling luar ialah epidermis. Dikuti lapisan kedua, dermis. Lapisan paling dalam, atau lapisan ketiga ialah lapisan subcutaneous, atau lapisan tisu-tisu lemak.

Lapisan epidermis sangat nipis, umpama sehelai kertas nipis. Lapisan ini banyak sel-sel mati. Kalau tak buang, sel-sel mati berkumpul dan buatkan kulit tak sihat dan kusam.

Sel-sel kulit baru diproses di lapisan dermis, dan dibawa ke lapisan luar, dan kemudian mati.

Proses perbaharui dan ganti sel-sel berulang setiap 28 hari.

Lapisan epidermis atau luar ni ada sel-sel melanocytes, yang membebaskan melanin, untuk lindungi kulit akibat kulit terdedah kepada sinar matahari bahaya, atau radikal-radikal bebas.

Lagi kerap kulit anda kena cahaya matahari, atau terkena bahan kimia bahaya, atau faktor-faktor luaran lain (contoh muka anda disapu merkuri dalam produk nak cantik ), maka lagi banyak melanin dikeluarkan. Melanin-melanin ini yang berkumpul atau 'membeku' bersama, akan membentuk jeragat.

Jadi, ingat ye. Paling kena elak jika tak nak jeragat naik kat muka comel anda tu, ialah elakkan terdedah kepada matahari. Kalau terpaksa, pakailah pelindung dalaman dan luaran. Kalau dalaman, sudah semestinya SR Vitamin C Plus digabung dengan Vitamin E Complex. Selain itu, losyen pelindung yang ada SPF15, iaitu Ultimate Whitening Protection. Semua ini adalah 100% dari bahan semula jadi, tiada sebarang bahan kimia bahaya.

Jangan, sama sekali jangan, pakai sebarang skincare yang ada bahan kimia bahaya seperti merkuri, hidrokuinon atau tretinon. Banyak sangat produk-produk beracun ini, dengan nama indah-indah, packaging yang comel, keluar dalam pasaran. Sebab apa banyak dan sentiasa ada yang baru, sebab tak susah nak buat. Ada pengeluar sediakan bahan asas, jadi nak sesuaikan dengan janama tertentu, ubah sikit-sikit je bahan campuran. Mungkin yang ni tambah kunyit, sorang lagi tambah halia, dan sebagainya. Tak perlu buat kajian impak keselamatan dan sebagainya. Ada sejumlah wang, tempah packaging, taruk nama cun-cun, dah siap untuk dijual.

Yang pelik bin ajaib, ada kelulusan KKM, tup tup, setahun dua, keluar statement produk sekian sekian beracun. Apa jadi ni? Mana integriti?

Tahu tak, berapa banyak wanita-wanita menjadi mangsa?  Berapa ramai yang menderita, jeragat dan jerawat bertakhta di muka? Mana yang kata jadi putih comel, jelita? Sementara saja? Kita nakkan kulit sihat, bersih berpanjangan. Kulit sihat, bersih, barulah cantik tu ada. Hatta anda kulit sawo matang ke, gelap ke, yang penting kulit sihat. 

Alahhh. Kulit saya dah naik jeragat? Malu la. 

Dulu berbeza. Memang betul. Saya pernah pakai produk N**** V****. Sama macam akak cakap, kulit saya selepas pakai produk tu, mengelupas pedih juga. Pastu...cantik. Licin. Ploles kak.

Nyesalll....

Bagimana nak atasi kulit yang dah naik jeragat? Yang belum ada jeragat, sila berwaspada. Sudah banyak kes Kak Nas jumpa ( dalam dok konsult orang ramai ) yang muka naik jeragat kerana salah pakai produk.  Tolonglah percaya. 

Jika keluar produk baru dengan jenama lain, lebih-lebih lagi keluaran tempatan, pek-pek hampir sama, bekas pun lebih kurang je, isi dalam pun seakan sama, jauhkanlah.  Jangan nak bereksperimen dengan kulit muka sendiri.

Letaklah yang istimewa kepada muka anda, berilah zat dan vitamin yang kulit perlu, sapulah bahan-bahan yang semula jadi dan selamat.

Muka kita kan! Kena lah sayang...Kenalah bagi yang terbaik!!!

Vitamin-Vitamin Untuk Kulit Muka Berjeragat

Inilah set vitamin yang wajib diambil semua wanita jika nak sentiasa kulit dijaga dan dirawat. 

Bagi anda yang kulit dah rosak, kulit berjeragat, lagi perlu ambik vitamin-vitamin ini. Kak Nas tekankan vitamin-vitamin yang Kak Nas cadangkan sebab semuanya berasaskan bahan-bahan semula jadi, tiada bahan sintetik seperti kebanyakan vitamin dalam pasaran, dan bebas bahan kimia bahaya.

1. Sustained Release Vitamin C Plus


 - Vitamin C ini akan bantu hasilkan kolagen dalam kulit anda.

 - Vitamin C adalah antioksidan yang bekerja cerahkan kulit anda.

 - Yang lagi special, Vitamin C ini ada " penghalang tyrosinase ". Penghalang ini bantu  halang enzim dalam badan anda daripada hasilkan melanin berlebihan.

2. B Complex 

 -  Jeragat juga boleh disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.
 - Vitamin B12 bantu kawal pigmen yang dihasilkan. Juga kawal lokasi pigmen. Dengan itu, pigmentasi dihalang dari merosakkan kulit anda.

3. Carotomax
  - Carotomax mengandungi Vitamin A yang merawat kulit berjeragat anda.
  - Vitamin A tinggi keupayaannya rawat kulit comot berjeragat.
  - Vitamin A dapat sekatakan warna kulit anda.

4. Vivix

 - super anti oksidan yang akan baikpulih sel-sel kulit anda yang rosak. Kulit muka berjeragat bermakna sel-sel kulit anda rosak.
  
Dapatkan konsultasi penuh, cara makan berkesan dengan hubungi Kak Nas 0194706780.





Rujukan:

http://www.americanskin.org/resource/

http://www.livestrong.com/article/108138-vitamins-good-skin-pigmentation/

Share this:

Tentang Nas Ibrahim

A mother of 7 energetic and lovely children.Working part time as a Shaklee Distributor.Support healthy consumptions and lifestyles.Contact me 0194706780 for Shaklee products.Provide Cash on Delivery for Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh dan Taiping areas.

0 comments:

Post a Comment